FAM tamatkan kontrak CEO Harimau Malaya, jurulatih senior dan B-23
FAM tamat kontrak CEO, jurulatih senior dan B-23

FAM Umum Penamatan Kontrak Secara Bersama

KUALA LUMPUR, 18 Jun — Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan penamatan kontrak secara bersama melibatkan beberapa pegawai utama skuad senior dan bawah 23 tahun.

Dalam satu kenyataan, FAM memaklumkan kontrak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Robert Douglas Friend, yang lebih dikenali sebagai Rob Friend, ditamatkan secara bersama berkuat kuasa 1 Jun.

FAM turut mengesahkan kontrak ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, dan dua anggota kakitangan teknikal skuad senior, Matthew Smith dan Seiya Imazaki, ditamatkan secara bersama berkuat kuasa 16 Jun 2026.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Sementara itu, kontrak ketua jurulatih bawah 23 tahun kebangsaan, Nafuzi Zain, dan jurulatih penjaga gol, Mohd Yazid Mohd Yassin, juga ditamatkan secara bersama berkuat kuasa 15 Jun 2026.

“FAM menghormati keputusan yang dibuat dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala perkhidmatan, komitmen dan sumbangan sepanjang bersama pasukan kebangsaan.

“Bagi memastikan kesinambungan dan kelancaran pelaksanaan program pasukan kebangsaan, FAM sedang mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengisi jawatan berkenaan. Sebarang perkembangan selanjutnya melibatkan pasukan kebangsaan akan diumumkan dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga