ARLINGTON – Lionel Messi akan memulakan perlawanan kumpulan terakhir Piala Dunia menentang Jordan hari ini dari bangku simpanan selepas juara bertahan sudah mengesahkan tempat teratas Kumpulan J, kata jurulatih Lionel Scaloni.
Scaloni sahkan Messi di bangku simpanan
“Leo akan masuk kemudian dan saya sudah sahkan kesebelasan utama, tetapi kami akan mengumumkannya esok,” kata Scaloni kepada pemberita pada Jumaat.
Argentina sudah mengesahkan tempat teratas Kumpulan J selepas menang ke atas Austria (2-0) dan Algeria (3-0).
Messi cetus sejarah Piala Dunia
Kapten Messi, yang menyambut ulang tahun ke-39 pada Rabu, telah menjaringkan semua gol Argentina setakat ini dalam kejohanan di Amerika Utara untuk menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Dunia.
Dengan Argentina mara ke pusingan 32 terakhir dan Jordan yang baru pertama kali muncul sudah tersingkir, Scaloni dijangka membuat banyak perubahan.
Cabaran Argentina di pusingan seterusnya
Argentina akan berdepan pasukan yang menjadi naib juara Kumpulan H, yang terdiri daripada Sepanyol, Uruguay, Cape Verde dan Arab Saudi.
Nicolas Tagliafico, pemain pertahanan kiri yang beraksi di Perancis, berkata beliau merasakan Messi lebih baik daripada sebelumnya.
“Dia berada pada tahap yang sama seperti pada 2022, atau lebih baik, saya katakan,” kata pemain berusia 33 tahun itu.
Sambutan hari jadi Messi
Sempena hari jadi Messi, pemain Argentina memakai baju-T khas sebagai penghormatan kepadanya dan turut dihidangkan kek.
“Saya rasa ini adalah sesuatu yang cukup indah,” kata Tagliafico.
“Pada akhirnya ini hanyalah butiran kecil.
“Awak tahu (bagaimana rasanya) apabila awak perlu tinggal bersama untuk tempoh yang lama, apabila awak melihat muka semua orang setiap hari.
“Kami berseronok, kami benar-benar berseronok.” — AFP



