PH selesai agihan kerusi untuk PRN Johor
PH selesai agihan kerusi PRN Johor

BATU PAHAT: Rundingan agihan kerusi antara parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) telah dimuktamadkan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Setiausaha Agung PH, Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata proses itu berjaya diselesaikan hari ini selepas rundingan melibatkan pimpinan Amanah, PKR dan DAP. Saifuddin merakamkan penghargaan kepada Presiden Amanah, Mohamad Sabu, dan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, atas usaha mereka.

Saifuddin, yang juga Naib Presiden PKR, berkata beberapa butiran akhir mengenai agihan kerusi akan diserahkan kepada pimpinan PH Johor yang diketuai oleh Aminolhuda Hassan.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Kenyataan beliau dibuat semasa melancarkan jentera pilihan raya PH, yang turut dihadiri oleh Pengerusi PH, Anwar Ibrahim.

Butiran lanjut menyusul

Ikuti perkembangan terkini melalui saluran WhatsApp, Google News dan Telegram FMT. Langgan surat berita kami untuk menerima berita terus ke e-mel anda.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga