Anwar lancar jentera pilihan raya PH Johor esok
Anwar lancar jentera PR PH Johor esok

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), dijadualkan melancarkan jentera pilihan raya PH Johor bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 esok malam.

Majlis pelancaran di Batu Pahat

Menurut Naib Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah, majlis pelancaran akan berlangsung di Dewan Sekolah Tinggi Cina, Batu Pahat pada jam 8 malam. Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook hari ini.

“Pelancaran jentera pilihan raya negeri PH Johor. Kami sudah bersedia,” kata hantaran tersebut.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Turut dijangka hadir adalah Timbalan Pengerusi PH merangkap Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

PH tanding semua 56 kerusi

Terdahulu, PH Johor mengumumkan akan bertanding di semua 56 kerusi dalam pilihan raya akan datang. Pada PRN Johor 2022, Barisan Nasional memenangi 40 kerusi, PH meraih 12 kerusi, Perikatan Nasional tiga kerusi, manakala MUDA satu kerusi.

Dewan Undangan Negeri Johor dibubarkan pada 1 Jun lalu, membuka jalan untuk pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga