Kesesakan lalu lintas di lebuh raya utama sempena cuti sekolah tamat
Kesesakan lalu lintas di lebuh raya utama cuti sekolah tamat

KUALA LUMPUR: Kesesakan lalu lintas dilaporkan di beberapa lebuh raya utama malam ini dengan pembukaan semula sekolah esok selepas cuti Aidiladha, manakala kemalangan maut motosikal menyebabkan kesesakan di lorong utara lebuh raya E1 dari Bandar Baharu ke Jawi.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan kemalangan yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang itu mengakibatkan lorong kecemasan terhalang dan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang perlahan.

“Di E1 arah utara, trafik juga perlahan dari Perai ke Juru, manakala di E2 arah selatan, trafik perlahan dari Simpang Renggam ke Sedenak serta di kawasan Kulai.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“Di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, trafik perlahan di kawasan Lentang menuju ke Bukit Tinggi dan dari plaza tol Gombak menuju ke ibu negara,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Keadaan di Plaza Tol Gombak

Gambar di plaza tol Gombak pada jam 6 petang hari ini menunjukkan trafik menuju ke ibu negara dilaporkan perlahan.

Bagaimanapun, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT 1 dan LPT 2) kekal lancar dan terkawal setakat jam 8 malam.

Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga