Impian pelumba basikal trek negara kecundang di Piala Dunia
Impian pelumba basikal trek negara kecundang di Piala Dunia

Pasukan lumba basikal trek negara memulakan saingan Piala Dunia Lumba Basikal Trek 2026 dengan hambar apabila gagal melayakkan diri ke pusingan pingat pada acara hari pertama di Velodrom Nasional, Nilai hari ini.

Keputusan Acara Penyingkiran

Dalam acara penyingkiran, Hafiq Jafri hanya mampu menamatkan saingan di tempat ke-18 pada pusingan akhir lelaki, manakala Nur Aisyah Zubir menduduki tempat ke-21 pada pusingan akhir wanita. Nur Aisyah mengakui kesilapan taktikal menjadi punca utama kegagalannya pada hari ini.

“Mungkin saya cuai kerana rentak perlumbaan terlalu laju. Apabila saya di hadapan, saya rasa saya melakukan kesilapan taktikal dan apabila berada dalam situasi itu, saya tiada ruang untuk pecut,” katanya.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Pasukan Pecut Wanita Tersingkir

Pasukan pecut wanita negara yang terdiri daripada Anis Amira Rosidi, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Nur Alyssa Mohd Farid tersingkir pada pusingan pertama selepas tewas kepada pasukan Poland yang diwakili Marlena Karwacka, Nikola Seremak dan Nikola Sibiak dengan catatan masa 47.673s berbanding 48.297s yang dicatatkan pasukan negara.

Anis Amira cuba melihat sisi positif selepas kekalahan tersebut dengan menyatakan bahawa masa yang mereka catatkan hampir menyamai rekod kebangsaan iaitu 48.086s. “Saya tidak boleh kata kami kecewa kerana masa kami hampir dengan rekod negara. Pada masa sama, saya baru pulih daripada demam dan Izzah juga kurang sihat, jadi untuk kami mendapat masa yang baik adalah sesuatu yang positif.

“Semasa kelayakan, kami hanya fokus untuk melakukan yang terbaik bagi mara ke pusingan seterusnya. Pada pusingan pertama, kami mahu memperbaiki masa, tetapi mungkin keadaan trek berubah dan tekanan juga menjadi faktor,” tambahnya.

Pasukan Pecut Lelaki Tersingkir Awal

Pasukan pecut lelaki negara yang terdiri daripada Akmal Nazimi Jusena, Fadhil Zonis dan Adib Andhar Andan yang menggantikan Muhammad Ridwan yang cedera, tewas pada pusingan kelayakan dengan catatan masa kedua paling perlahan iaitu 45.704s.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga