BATU GAJAH, 18 Jun — Seorang tukang kebun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang pekerja kontrak di Kampung Gajah minggu lalu.
Tertuduh Mengangguk Faham
Mohammad Farizzal Fazly Mohd Zulkifly, 30, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan, yang kemudian menetapkan 20 Julai untuk sebutan semula kes.
Tiada pengakuan direkodkan kerana kes ini berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Butiran Pertuduhan
Tertuduh didakwa membunuh Muhammad Fahmi Abdullah, 29, di tepi Jalan Utama, Jalan Trans Perak di daerah Perak Tengah antara 4.30 pagi dan 5.49 pagi pada 10 Jun tahun ini.
Pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan membawa hukuman mati, atau penjara selama 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati, boleh dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Jagdeep Singh Jaswant Singh, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. — Bernama



