PETALING JAYA: Beberapa akaun bank milik peruncit fesyen Padini Holdings telah dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) dalam siasatan pengubahan wang haram, menurut makluman kepada bursa saham.
Dalam pengumuman di Bursa Malaysia, Padini menyatakan bahawa akaun bank yang dibekukan itu milik syarikat dan anak-anak syarikatnya, tetapi tidak digunakan secara aktif dalam operasi harian.
“Kumpulan masih mempunyai akses kepada kemudahan perbankan lain untuk menyokong operasi perniagaan yang sedang berjalan,” kata Padini.
Pembekuan akaun tersebut tidak dijangka memberi kesan kewangan dan operasi yang material kepada kumpulan.
“Syarikat sedang mengambil langkah-langkah yang perlu untuk berhubung dengan pihak berkuasa dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Padini menambah bahawa siasatan itu dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).
Peruncit fesyen itu berkata kumpulan itu terus mempunyai akses kepada kemudahan perbankan lain untuk menyokong operasi perniagaan yang berterusan. “Pembekuan akaun itu tidak dijangka memberi kesan kewangan dan operasi yang material kepada kumpulan,” menurutnya.



