Sambutan Luar Biasa PBAKL 2026 Bukti Budaya Membaca Masih Hidup
Sambutan Luar Biasa PBAKL 2026 Bukti Budaya Membaca

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan penghargaan terhadap sambutan luar biasa daripada orang ramai terhadap Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 yang dibuka hari ini.

Kehadiran Pelbagai Lapisan Masyarakat

Menurut Anwar, kehadiran pelbagai lapisan masyarakat termasuk ibu bapa, guru, pendidik, pelajar dan kanak-kanak memberikan isyarat jelas bahawa budaya membaca dan menuntut ilmu masih mempunyai tempat istimewa dalam jiwa masyarakat.

“Saya sering menekankan bahawa kecintaan terhadap ilmu tidak seharusnya lahir kerana peperiksaan, pengiktirafan atau janji-janji jawatan semata-mata. Kerana yang lebih penting adalah perasaan seronok dalam menuntut ilmu, atau apa yang disebut oleh ulama sebagai lazzatul ma’rifah,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Cabaran Masyarakat Kini

Perdana Menteri berkata cabaran utama masyarakat hari ini bukan lagi isu kekurangan maklumat, tetapi bagaimana memilih ilmu yang berkualiti dan bermanfaat. “Marilah kita mengambil peluang ini untuk membina generasi yang cintakan membaca, mempunyai luas pengetahuan, dan nilai kemanusiaan yang kukuh, demi Malaysia yang berperadaban dan berbudaya,” katanya.

Terdahulu, Anwar merasmikan edisi ke-43 PBAKL yang akan berlangsung selama 10 hari sehingga 7 Jun di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Pameran buku yang dibuka kepada umum dari pukul 10 pagi hingga 10 malam ini disertai oleh ratusan penerbit tempatan dan antarabangsa yang melibatkan lebih 1,000 gerai.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga