Pembantu Anwar tegur Zahid: Jangan bongkak
Pembantu Anwar tegur Zahid: Jangan bongkak

PETALING JAYA: Seorang pembantu Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegur Ahmad Zahid Hamidi susulan peringatan pengerusi Barisan Nasional itu bahawa kerajaan perpaduan tidak boleh dibentuk tanpa Ahli Parlimen BN.

Kamil Munim berkata, tidak perlu bagi Zahid untuk membuat kenyataan sedemikian kerana semua orang sedia maklum bahawa kerajaan perpaduan dibentuk dengan kerjasama pelbagai pihak, bukan 'hanya satu kumpulan'.

“Jadi tidak perlu berlagak sombong. Nampaknya tabiat lama sukar diubah,” katanya dalam hantaran Facebook semalam.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Malam tadi, Zahid yang juga presiden Umno berkata, tanpa 30 kerusi Parlimen BN, Pakatan Harapan (PH) tidak akan mempunyai majoriti parlimen untuk memimpin kerajaan sekarang. Sumbangan BN terhadap kestabilan negara tidak boleh dinafikan, kata timbalan perdana menteri itu.

Kamil berkata, parti yang mempunyai kerusi terbanyak dalam PH pun tidak berlagak seperti penyelamat negara atau tiang kestabilan. Walaupun beliau tidak menamakan parti tersebut, dipercayai Kamil merujuk kepada DAP yang memenangi 40 kerusi.

Kamil berkata, kestabilan lahir daripada saling menghormati dan memahami serta mengutamakan kepentingan rakyat dan negara. “Kestabilan tidak datang daripada sikap angkuh dan sombong.”

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga