Fahmi: PRN tengah bulan bukan alasan tak pulang mengundi
PRN tengah bulan bukan alasan tak pulang mengundi

Fahmi gesa pengundi di luar negeri pulang mengundi

MUAR: Pakatan Harapan (PH) menyeru pengundi yang berada di luar negeri termasuk di Singapura supaya pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 11 Julai. Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil turut meminta ahli keluarga di Johor memainkan peranan menggalakkan anggota keluarga mereka pulang mengundi demi menentukan masa depan negeri itu.

“Pilihan raya ini sangat penting kerana kita mahu kerajaan negeri yang baik dan boleh bekerjasama dengan perdana menteri,” katanya ketika berucap pada ceramah PH sempena kempen PRN Johor, di Bakri.

Tarikh pertengahan bulan bukan halangan

Sementara itu, ketika ditemui media selepas program berkenaan, Fahmi berkata beliau turut membaca pelbagai komen di media sosial yang mendakwa tarikh pengundian pada 11 Julai, iaitu pertengahan bulan, menyukarkan khususnya anak muda pulang mengundi.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“Saya telah membaca komen-komen yang mengatakan seolah-olah sengaja dipilih tarikh 11 Julai seolah-olah ia tengah bulan (menyebabkan) anak muda sukar balik,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pengundi supaya tidak menjadikan perkara berkenaan sebagai alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab memilih kerajaan negeri.

Jangan cemar proses demokrasi

Dalam perkembangan sama, Fahmi mengecam tindakan sabotaj dan penyebaran maklumat palsu ketika berkempen yang disifatkan mencemarkan proses demokrasi. Beliau berkata, beberapa insiden yang berlaku sepanjang kempen menunjukkan wujudnya amalan tidak sihat, termasuk vandalisme terhadap bahan kempen calon.

“Baru-baru ini, bendera kempen dibakar, papan iklan yang dipasang dirosakkan. Ini menandakan satu fasa dalam kempen yang tidak sihat,” katanya.

Beliau turut membangkitkan penyalahgunaan platform digital, termasuk kewujudan akaun WhatsApp palsu yang menggunakan gambar calon untuk menyebarkan maklumat tidak benar. Sehubungan itu, Fahmi mengingatkan pengundi supaya tidak mudah mempercayai setiap maklumat di media sosial atau aplikasi pesanan, sebaliknya membuat semakan terlebih dahulu.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga