Mayat lelaki 64 tahun ditemui dalam longkang di Kampung Kolam
Mayat lelaki 64 tahun ditemui dalam longkang di Kampung Kolam

KEPALA BATAS, 7 Jun — Mayat seorang lelaki warga emas ditemui dalam longkang di Kampung Kolam, Jalan Merbau Kudung di sini semalam, dengan kecederaan pada buku lali kirinya.

Penemuan Mayat

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Anuar Abdul Rahman berkata, polis menerima laporan mengenai penemuan mayat lelaki berusia 64 tahun itu daripada seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk memancing di kawasan berhampiran.

“Hasil siasatan mendapati mangsa terakhir dilihat oleh seorang saksi kira-kira dua hari sebelum kejadian. Pemeriksaan di tempat kejadian tidak mendedahkan sebarang petunjuk atau bahan pameran yang boleh membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Punca Kematian

Beliau berkata, keputusan bedah siasat menunjukkan punca kematian adalah lemas, dengan tiada unsur jenayah dikesan pada tubuh mangsa. Kecederaan pada buku lali kiri dipercayai disebabkan oleh jatuh ke dalam longkang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat SM Jefri Hussain di 04-576 2222 sambungan 2275 atau hadir ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga