JOHOR BAHRU, 1 Jun — Pemangku Raja Johor, Tunku Mahkota Ismail, hari ini menyampaikan ucapan tahniah dan doa kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, sempena sambutan hari keputeraan rasmi baginda.
Ucapan Pemangku Raja Johor
“Allah Peliharakan Sultan. Tuanku,” titah baginda dalam mesej ringkas yang ditujukan kepada ayahanda baginda, Sultan Ibrahim, yang dikongsikan di laman Facebook HRH Crown Prince of Johor.
Ucapan Menteri Besar Johor
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, turut menzahirkan ucapan tahniah dan doa kepada Yang di-Pertuan Agong sempena hari bersejarah itu.
“Saya merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, sempena sambutan hari keputeraan rasmi baginda pada hari ini.
“Saya, dan seluruh Bangsa Johor, mempersembahkan penghormatan yang setinggi-tingginya. Semoga Allah memelihara Sultan dan memberkati Johor,” katanya dalam satu hantaran Facebook.
— Bernama



