Bersama umum calon PRN Johor Jumaat ini, lebih 300 permohonan diterima
Bersama umum calon PRN Johor Jumaat ini, lebih 300 mohon

Parti Bersama Malaysia (Bersama) akan mengumumkan senarai calonnya bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Johor Bahru pada Jumaat ini, kata pemimpin parti Datuk Seri Rafizi Ramli.

Proses saringan calon selesai

Rafizi yang juga presiden parti itu berkata proses saringan terhadap calon-calon yang berpotensi telah selesai, namun beliau tidak mendedahkan jumlah kerusi yang akan ditandingi parti itu.

Beliau berkata parti itu menerima sambutan menggalakkan selepas membuka permohonan lebih seminggu lalu kepada individu yang berminat bertanding dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Lebih 300 permohonan diterima

“Kami telah menerima permohonan daripada lebih 300 individu. Semua pemohon dikehendaki melengkapkan borang yang diperlukan dan menjalani proses temu duga, termasuk menjawab soalan rawak berdasarkan latar belakang dan pengalaman peribadi mereka,” katanya ketika berucap pada program Jelajah Kancil di Pantai Cahaya Bulan di sini malam tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi PRN Johor, dengan hari penamaan calon pada 27 Jun dan pengundian awal pada 7 Julai. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga