SMK Suria Jaya di Batu Pahat mula beroperasi September 2026, kata MOE
SMK Suria Jaya Batu Pahat mula September 2026

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Suria Jaya di Batu Pahat dijangka memulakan operasi pada September 2026 selepas Kementerian Pendidikan (MOE) menyerahkan projek sekolah itu di bawah Sijil Penguasaan Separa (CPO) semalam.

Menteri Pendidikan ucap terima kasih kepada pasukan projek

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek merakamkan penghargaan kepada pasukan pengurusan projek, perunding, agensi kerajaan berkaitan, pembekal utiliti dan kontraktor atas komitmen mereka dalam memastikan kejayaan penyiapan projek sekolah tersebut.

“Insya-Allah, sekolah akan mula beroperasi pada September 2026. Ini mencerminkan komitmen tinggi MOE untuk memastikan anak-anak kita terus belajar dalam persekitaran yang kondusif dan guru-guru kita dapat berkhidmat dengan penuh dedikasi terhadap pendidikan,” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Kemudahan berkualiti jamin persekitaran pendidikan inklusif

Beliau berkata kemudahan berkualiti sudah pasti akan membantu menjamin persekitaran pendidikan yang lebih inklusif.

“Akhirnya! Di bawah Kerajaan Madani, ia telah disiapkan,” katanya.

Projek pembinaan semula SK Parit Nawi juga diserahkan

Sementara itu, dalam hantaran Facebook yang lain, Fadhlina berkata MOE juga telah menyerahkan Surat Penerimaan (LOA) bagi projek pembinaan semula bangunan uzur di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Nawi di Parit Jawa, Muar semalam.

Beliau berkata projek itu melibatkan pembinaan semula blok kantin sekolah yang sebelum ini diisytiharkan tidak selamat digunakan, serta pembinaan laluan berbumbung dan pagar perimeter.

“Saya telah mengarahkan supaya pelaksanaan projek dipantau rapi bagi memastikan ia berjalan lancar dan siap dalam tempoh yang ditetapkan. Insya-Allah, projek akan siap sepenuhnya menjelang pertengahan tahun depan,” katanya.

SK Parit Nawi sekolah cemerlang dalam kokurikulum

Beliau berkata SK Parit Nawi adalah sekolah yang mempunyai rekod cemerlang dalam aktiviti kokurikulum, termasuk menghasilkan pasukan sofbol yang telah memenangi kejuaraan di peringkat daerah dan negeri Johor.

“Semoga SK Parit Nawi terus maju jaya, melahirkan generasi berilmu dan berakhlak mulia selaras dengan moto sekolah, Ilmu Asas Hidup,” katanya. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga