Pengguna Lega Subsidi Diesel Boleh Dipindah Kepada Pengguna Sebenar
Pengguna Lega Subsidi Diesel Boleh Dipindah

Pengecualian Fi Tukar Hak Milik dan Pemindahan Subsidi

Pengguna kenderaan diesel yang berdepan masalah hak milik mahu memanfaatkan insentif diperkenalkan kerajaan bagi membolehkannya menikmati subsidi di bawah Budi Madani Diesel (BUDI Diesel). Zulkifli Ismail, 40, dari Kuala Selangor berkata semakan mendapati dia tidak layak menikmati subsidi untuk membeli diesel pada kadar RM2.10 seliter mulai 1 Julai depan kerana kenderaan digunakan atas nama abangnya.

Menurutnya, dia menggunakan pikap itu untuk bekerja dan perjalanan seharian keluarga dengan keperluan membeli diesel pada harga subsidi sangat diperlukan. Katanya, tidak semua pengguna sengaja tidak menukar hak milik kenderaan, sebaliknya ada berdepan kekangan masa, kos atau urusan keluarga.

Langkah Baik untuk Pengguna Sebenar

“Bagi saya ini langkah baik kerana ada orang memang guna kenderaan itu setiap hari untuk kerja, cuma nama pemilik belum ditukar,” katanya kepada FMT mengulas tambah baik diumumkan Kementerian Kewangan (MoF) berhubung pelaksanaan BUDI Diesel. Antara penambahbaikan itu ialah Program Insentif Pengecualian Sementara Fi Tukar Hak Milik kenderaan diesel selama tiga bulan bermula 1 Julai.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Kerajaan turut membenarkan kelayakan subsidi dipindahkan kepada pengguna sebenar kenderaan, selain meluaskan BUDI Diesel kepada pikap dan jip persendirian milik syarikat. Di bawah mekanisme BUDI Diesel, penerima layak menikmati subsidi diesel melalui pengesahan MyKad di stesen minyak.

Pemindahan Automatik dan Kuota Tambahan

Penerima sedia ada BUDI Diesel Individu pula dipindahkan secara automatik kepada mekanisme baharu tanpa perlu membuat permohonan tambahan. Kerajaan menetapkan had asas 200 liter sebulan, manakala pemilik pikap dan jip yang layak boleh menerima tambahan 100 liter, menjadikan jumlah kelayakan sehingga 300 liter sebulan.

Sementara itu, pemilik pikap dari Kuantan, Sofi Mutalib, 38, berkata proses mendapatkan manfaat BUDI Diesel berjalan mudah bagi penerima sedia ada. Menurutnya, beliau sebelum ini menerima bantuan tunai RM400 di bawah BUDI Diesel Individu dan sudah menerima pemberitahuan mengenai tambahan kuota 100 liter.

Harapan untuk Masa Depan

Katanya, tambahan itu menjadikan kelayakannya meningkat kepada 300 liter sebulan bermula 1 Julai. “Memang mudah dan saya tak perlu mohon tambahan kuota 100 liter kerana telah diluluskan secara automatik. “Mungkin buat masa ini kuota itu cukup tetapi saya harap ia disemak pada masa depan,” katanya.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga