Penunggang motosikal maut selepas langgar lembu di Tapah
Penunggang motosikal maut langgar lembu di Tapah

IPOH, 21 Mei — Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai melanggar seekor lembu di KM12 Jalan Tapah-Changkat Petai kira-kira jam 8.10 malam semalam.

Butiran kejadian

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hashim berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 20-an itu menunggang seorang diri dan dalam perjalanan pulang ke Sungai Manik selepas bekerja apabila kejadian berlaku.

“Siasatan di tempat kejadian menemui kesan najis lembu dan tanda brek di jalan raya. Terdapat juga kerosakan teruk pada bahagian hadapan motosikal, menunjukkan ia telah melanggar objek sebelum terbabas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Beliau berkata, tiada bukti penglibatan kenderaan lain ditemui, manakala mangsa mengalami kecederaan kepala parah dan disahkan meninggal di tempat kejadian.

Tindakan polis

Abdul Malik berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Beliau menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di talian 05-4011222 atau pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Faizan Ahmad @ Mohammed Razikin di 013-2087819.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga