Dua remaja lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Beril, Paka
Dua remaja lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Beril

DUNGUN, 24 Mei — Dua beradik dikhuatiri lemas ketika mandi bersama dua rakan di Sungai Beril, Paka, di sini hari ini.

Kronologi kejadian

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paka, Mohd Rizuan Ramli, berkata Muhammad Amir Ashraf Mohd Zulnaidi, 15, dan Muhammad Aidil Amsar Mohd Zulnaidi, 14, dari Kampung Kolam di sini, dipercayai telah dihanyutkan arus deras ketika mandi di sungai tersebut pada kira-kira pukul 11 pagi.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.19 pagi, dan anggota bomba dari balai berkenaan tiba di lokasi enam minit kemudian.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Butiran operasi menyelamat

Mohd Rizuan berkata empat pelajar tersebut telah pergi ke sungai untuk mandi pada kira-kira pukul 10.30 pagi.

“Bagaimanapun, dua daripada mereka berjaya menyelamatkan diri manakala dua lagi dipercayai hilang di sungai, dan operasi mencari sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita di lokasi.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat melibatkan 15 anggota dari balai Paka, dengan bantuan dari balai Kerteh dan Chukai. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga