Dua Lelaki Diculik Akibat Hutang Dadah dan Seludup Pati RM33,000
Dua Lelaki Diculik Akibat Hutang Dadah dan Seludup Pati

PETALING JAYA: Hutang dadah dan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (Pati) berjumlah RM33,000 membawa kepada penculikan dua lelaki dalam kejadian di Tumpat dan Pasir Mas. Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat, berkata dua lelaki berkenaan masing-masing berusia 35 dan 51 tahun diculik sebagai cagaran sebelum dibawa ke Thailand dalam kejadian pada 6 Jun, selepas saudara mereka gagal menjelaskan hutang tersebut. Namun, mangsa ditemukan selamat di Mundok, Thailand oleh polis di sana dua hari kemudian, lapor Harian Metro.

Tahanan dan Siasatan

“Susulan kejadian itu, kita menahan empat lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. Peminjam sebenar iaitu lelaki berusia 25 tahun dan teman wanitanya turut ditahan dan kini direman sehingga 22 Jun. “Siasatan kita mendapati, kes culik berkenaan berkait dengan hutang dadah dan penyeludupan Pati berjumlah RM33,000,” katanya di Kota Bharu.

Pemburuan Suspek

Beliau berkata, pihaknya masih memburu dua suspek utama dikenali sebagai Mohamad Syamsul Azroy Che Anuar, 32 dan Hamzah Muhamad, 40, dipercayai melarikan diri ke Thailand. “Kedua-dua suspek berkenaan juga turut membakar Perodua Myvi milik mereka di Gelang Emas, Pasir Mas dipercayai kenderaan digunakan untuk menculik mangsa,” katanya. Polis Kelantan turut meminta bantuan pihak berkuasa Thailand bagi mengesan dua suspek berkenaan. “Kedua-dua suspek yang dikehendaki itu masing-masing mempunyai 10 rekod berkait kes dadah dan jenayah.”

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga
Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram