Pelajar TVET terpilih terima latihan AI dan kripto di bawah inisiatif kerajaan
Pelajar TVET terpilih terima latihan AI dan kripto

PUTRAJAYA, 6 Jun — Semua institusi latihan dan penyelidikan kerajaan akan diwajibkan untuk menyediakan program latihan dalam bidang baru muncul bagi pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terpilih bermula Julai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar untuk menyelaraskan inisiatif tersebut bagi meningkatkan lagi kemahiran pelajar TVET di seluruh negara.

Beliau berkata sekurang-kurangnya 50 hingga 100 pelajar TVET di setiap institusi terpilih akan diberi peluang latihan awal dalam bidang baru muncul dan berteknologi tinggi seperti kecerdasan buatan (AI) dan mata wang kripto.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

"Mereka akan dipilih untuk menguasai bidang yang benar-benar baharu, iaitu AI, kripto dan peralihan tenaga," katanya ketika merasmikan sambutan Hari TVET Kebangsaan 2026 di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menteri-menteri dan Shamsul Azri.

LAGI BERITA MENYUSUL

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga