Ringgit ditutup rendah berikutan jangkaan kenaikan kadar Fed
Ringgit rendah akibat jangkaan kenaikan kadar Fed

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan jangkaan kemungkinan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan AS (Fed) tahun ini meningkatkan permintaan terhadap mata wang hijau itu.

Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan jatuh kepada 4.1145/4.1195 berbanding dolar AS daripada 4.0665/4.0700 pada penutup semalam.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Afzanizam Rashid, berkata jangkaan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas oleh Fed tahun ini terus menyokong dolar AS.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Beliau berkata, pasaran kini menunggu isyarat lanjut daripada mesyuarat Fed yang akan datang untuk menentukan hala tuju ringgit seterusnya.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga