Polis Marin rampas 5,150 liter diesel di Terengganu, tahan lelaki 55 tahun
Polis Marin rampas 5,150 liter diesel di Terengganu

CHUKAI, 14 Jun — Polis Marin Wilayah Tiga merampas 5,150 liter diesel dalam satu serbuan di sebuah premis di Hulu Jabor dekat sini semalam.

Komander Polis Marin Wilayah Tiga, ACP Mohd Khairuddin Jamal berkata, rampasan itu dilakukan selepas premis tersebut disyaki menyimpan dan mengendalikan diesel secara haram semasa serbuan pada pukul 11 pagi.

Beliau berkata, semasa serbuan, pihaknya menemui sebuah tangki gelincir, satu bekas pukal perantaraan (IBC) dan satu set pam muncung.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“Nilai keseluruhan rampasan dalam operasi ini dianggarkan sebanyak RM51,580.50,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Khairuddin berkata, pihaknya juga menahan seorang lelaki berusia 55 tahun untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, semasa serbuan, lelaki itu gagal mengemukakan dokumen atau permit yang sah untuk penyimpanan dan pengendalian barang tersebut.

Mohd Khairuddin berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sementara itu, beliau berkata barang rampasan dan tangkapan telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk tindakan lanjut. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga