Lelaki 23 Tahun Hilang di Laut Langkawi Selepas Dihempas Ombak
Lelaki 23 Hilang di Laut Langkawi Dihempas Ombak

ALOR SETAR, 29 Mei — Seorang lelaki dipercayai lemas selepas cuba mengambil sebuah jetski yang hanyut di perairan Langkawi hari ini.

Kronologi Kejadian

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Langkawi, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abdul Ghani, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 9 malam. Seramai lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putra tiba di lokasi kira-kira 22 minit kemudian.

“Sebaik tiba, mereka mendapati mangsa, Arash Nashran Abdul Maser, 23, telah hilang di laut kira-kira 100 meter dari pantai.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“Dia cuba mengambil jetski yang hanyut ke laut dan ombak kuat menyebabkan dia tercampak ke dalam air. Difahamkan dia tidak memakai jaket keselamatan ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Operasi Mencari

Mangsa masih belum ditemui, walaupun anggota bomba telah melakukan pemerhatian awal di sepanjang pesisir pantai bersama orang awam.

“Pasukan penyelamat air akan memulakan operasi mencari dan menyelamat esok pagi untuk mencari mangsa,” tambahnya. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga