Dua maut, lima wanita cedera dalam nahas MPV dan Toyota Vios di Lenggong
Dua maut, lima cedera nahas MPV dan Vios di Lenggong

IPOH, 26 Jun — Dua orang maut manakala lima wanita cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan berhampiran sebuah restoran di Tasik Raban, Lenggong, semalam.

Mangsa nahas dikenal pasti

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata nahas itu meragut nyawa Zuraida Abu Bakar, 47, yang merupakan penumpang di tempat duduk belakang Honda Odyssey MPV, dan Melvindar Singh Gamum Singh, 41, pemandu Toyota Vios.

Menurut Sabarodzi, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada pukul 4.57 petang dan segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong ke lokasi kejadian.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Mangsa tersepit disahkan maut di tempat kejadian

“Dua mangsa yang tersepit dalam kenderaan masing-masing disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis, manakala mereka yang cedera telah diberikan rawatan oleh petugas Kementerian Kesihatan. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga