Ribut petir, hujan lebat melanda Perlis, Pulau Pinang, sebahagian Kedah dan Johor hingga tengah hari
Ribut petir, hujan lebat di Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Johor

KUALA LUMPUR, 9 Jun — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi Perlis, Pulau Pinang, dan sebahagian Kedah serta Johor, dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berterusan hingga tengah hari ini.

Dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya pagi ini, MetMalaysia menyatakan amaran itu meliputi seluruh negeri Perlis serta beberapa daerah di Kedah, iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda.

Amaran itu juga meliputi seluruh Pulau Pinang dan sebahagian Johor, melibatkan Tangkak, Muar dan Batu Pahat.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

MetMalaysia berkata amaran yang dikeluarkan pada jam 8.35 pagi itu adalah berdasarkan keadaan cuaca yang menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam, atau dijangka berlarutan lebih daripada satu jam.

Jabatan itu menjelaskan bahawa amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah tidak lebih daripada enam jam dari masa ia dikeluarkan.

Orang ramai dinasihatkan untuk terus mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia dan mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu semasa keadaan cuaca buruk.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga