MADRID: Penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe, mengalami 'beban otot' pada hamstring kirinya ketika perlawanan seri 1-1 menentang Real Betis dalam aksi La Liga, menurut sumber kelab kepada AFP pada Jumaat.
Mbappe meminta untuk digantikan pada 10 minit terakhir perlawanan yang menyebabkan pasukannya ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu liga, Barcelona.
Kapten Perancis itu tidak mengalami masalah serius, bergantung kepada ujian lanjut, mengurangkan kebimbangan menjelang Piala Dunia musim panas ini.
Reaksi jurulatih
“Saya tidak tahu (keadaan Mbappe), dia mengalami ketidakselesaan dan kami akan lihat perkembangannya dalam beberapa hari akan datang,” kata jurulatih Alvaro Arbeloa ketika ditanya wartawan mengenai penyerang utama Madrid itu selepas perlawanan.
Pada hari Rabu, pemain sayap remaja Barcelona, Lamine Yamal, mengalami kecederaan hamstring yang menyebabkan dia tidak dapat bermain sehingga akhir musim, namun dijangka cergas untuk Piala Dunia bersama Sepanyol.



