Banjir Beaufort: Mangsa Meningkat Kepada 258 Orang Setakat 8 Pagi
Jumlah mangsa banjir di Beaufort, Sabah meningkat kepada 258 orang dari 89 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 66 mangsa malam tadi. Semua mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara Selagon.


