Mahkamah tetap 26 Jun dengar permohonan Isa Samad

Mahkamah Persekutuan menetapkan 26 Jun untuk mendengar permohonan bekas pengerusi Felda, Isa Abdul Samad, bagi kebenaran menyemak semula keputusan sabitan rasuah, hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta.

Rayer menang RM100,000 dalam saman fitnah

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, memenangi saman fitnah RM100,000 terhadap pengguna media sosial berhubung video fitnah yang disiarkan pada 2024. Mahkamah juga memerintahkan defendan membayar kos RM4,000.

Lelaki dipenjara 15 bulan kurung, cedera remaja

Fadwan Muaain, 42, dijatuhi hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret Shah Alam selepas mengaku bersalah mengurung dan mencederakan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di Bukit Kemuning.

SPRM rayu tolak bekukan RM544 juta berkait Naimah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan untuk membekukan kira-kira RM544 juta yang dikaitkan dengan Naimah Khalid dan lapan pihak lain di Singapura.

PAS arah ahli 'kunci mulut', serah pada Hadi

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan melarang pemimpin dan ahli membuat kenyataan berhubung perkembangan parti dengan pihak lain, menyerahkan kepada Presiden Abdul Hadi Awang.

Bersama akan tanding di kerusi PH, BN dan PN

Parti Bersama Malaysia (Bersama) mengumumkan akan bertanding di kerusi Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional, serta tidak akan menyertai mana-mana gabungan itu.

Penduduk Peroleh Dokumen Utama PJD Link

Kumpulan advokasi komuniti PJ Sejahtera memuji pendedahan dokumen projek PJD Link sebagai perkembangan penting bagi rakyat Petaling Jaya selepas lebih setahun perintah mahkamah.

Page 65 of 368
Banner lekat mudah alih Pickt — logo, tagline dan butang CTA