Kebakaran di Tambunan: Kanak-kanak 6 Tahun Maut, Mak Cik Cedera
Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun ditemui maut terbakar dalam kebakaran yang memusnahkan dua rumah di Kampung Patau, Tambunan, awal pagi ini. Mangsa lain, mak cik berusia 31 tahun, cedera semasa menyelamatkan diri.